Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التَضَلُّعُ مِنْ مَاءِ زمزمَ براءةٌ من النِفَاقِ.
Teks Bahasa Melayu
Banyak minum air zam-zam adalah pembebasan daripada sifat munafik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 738, hadis no. 3772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق)). [الأزرقي في ((أخبار مكة))، ((الضعيفة)) (2682)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Banyak minum air zam-zam adalah pembebasan daripada sifat munafik. [Riwayat al-Azraqi dalam Akhbar Mekah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2682]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman