Banyak melakukan Haji dan Umrah akan menghindarkan kemiskinan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كثرة ‌الحج والعمرة تمنع العيلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyak melakukan haji dan umrah akan menghindarkan kemiskinan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 726, hadis nombor 3701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة – رضي الله عنها – مرفوعا: ‌((كثرة ‌الحج والعمرة تمنع العيلة)) [المحاملي، ((الضعيفة)) (477)]

(Palsu)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Banyak melakukan haji dan umrah akan menghindarkan kemiskinan.
[Riwayat al-Muhamili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 477]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.