Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كثره الحجِّ والعمرةِ تَمْنَعُ العَيْلَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Banyak melakukan haji dan umrah akan menghindarkan kemiskinan.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 726, hadis no. 3701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سلمة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((كثرة الحج والعمرة تمنع العيلة)) [المحاملي، ((الضعيفة)) (477)]
(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Banyak melakukan haji dan umrah akan menghindarkan kemiskinan. [Riwayat al-Muhamili. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 477]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman