TEKS BAHASA ARAB
سيكون بعدي بعوث كثيرة فكونوا في بعث خراسان ثم انزلوا في مدينة مرو فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة ولا يصيب أهلها سوء أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Banyak kebangkitan yang akan berlaku selepas kematian aku. Maka jadilah kalian dalam orang kalangan yang bangkit di Khurasan. Kemudian pergilah ke bandar Merv. Ini kerana bandar tersebut telah dibina oleh Zulqarnain dan beliau telah mendoakan keberkatan pada bandar tersebut. Penduduknya pula tidak akan ditimpa keburukan selama-lamanya.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 994-995, hadis nombor 5125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سهل بن عبد الله مرفوعا: سيكون بعدي بعوث كثيرة، فكونوا في بعث خراسان ثم انزلوا في مدينة مرو فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة ولا يصيب أهلها سوء أبداً. [حم، عد، الضعيفة (3719)].
(Sangat Lemah) Daripada Sahl bin Abdullah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ : Banyak kebangkitan yang akan berlaku selepas kematian aku. Maka jadilah kalian dalam orang kalangan yang bangkit di Khurasan. Kemudian pergilah ke bandar Merv. Ini kerana bandar tersebut telah dibina oleh Zulqarnain dan beliau telah mendoakan keberkatan pada bandar tersebut. Penduduknya pula tidak akan ditimpa keburukan selama-lamanya. [Riwayat Musnad Ahmad dan al-Kamil fi al-Dhu’afa oleh Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3719]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.