Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيكون بعدي بعوث كثيرة فكونوا في بعث خراسان، ثم انزلوا في مدينة مرو فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة ولا يصيب أهلها سوء أبداً.
Teks Bahasa Melayu
Banyak kebangkitan yang akan berlaku selepas kematian aku. Maka jadilah kalian dalam orang kalangan yang bangkit di Khurasan. Kemudian pergilah ke bandar Merv. Ini kerana bandar tersebut telah dibina oleh Zulqarnain dan beliau telah mendoakan keberkatan pada bandar tersebut. Penduduknya pula tidak akan ditimpa keburukan selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Sahl Bin Abdullah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 994-995, hadis no. 5125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سهل بن عبد الله مرفوعا: سيكون بعدي بعوث كثيرة، فكونوا في بعث خراسان ثم انزلوا في مدينة مرو فإنه بناها ذو القرنين ودعا لها بالبركة ولا يصيب أهلها سوء أبداً. [حم، عد، الضعيفة (3719)].
(Sangat Lemah) Daripada Sahl bin Abdullah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ : Banyak kebangkitan yang akan berlaku selepas kematian aku. Maka jadilah kalian dalam orang kalangan yang bangkit di Khurasan. Kemudian pergilah ke bandar Merv. Ini kerana bandar tersebut telah dibina oleh Zulqarnain dan beliau telah mendoakan keberkatan pada bandar tersebut. Penduduknya pula tidak akan ditimpa keburukan selama-lamanya. [Riwayat Musnad Ahmad dan al-Kamil fi al-Dhu’afa oleh Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3719]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman