Banu Murrah Ibn Ubaid telah mengutuskan kepada aku zakat harta mereka kepada Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

بعثني بنو مرة بن عبيد بصدقات أموالهم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقدمت عليه المدينة، فوجدته جالسا مع المهاجرين والأنصار، فأتيته بإبل كأنها عروق الأرطى، فقال: ((من الرجل؟ ))، فقلت: عكراش بن ذؤيب، قال: ((ارفع في النسب))، فقلت: ابن حرقوص بن جعدة بن عمرو بن النزال بن مرة بن عبيد، وهذه صدقات بني مرة بن عبيد، فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال: ((هذه إبل قومي؛ هذه صدقات قومي)). ثم أمر بها رسول الله صلى الله عليه وسلم أن توسم بميسم إبل الصدقة وتضم إليها، ثم أخذ بيدي، فانطلق بي إلى منزل أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ((هل من طعام؟))، فأتينا بجفنة كثيرة الثريد والوذر فأقبلنا نأكل منها، فأكل رسول الله صلى الله عليه وسلم مما بين يديه، وجعلت أخبط في نواحيها، فقبض رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده اليسرى على يدي اليمنى ثم قال: ((يا عكراش! كل من موضع واحد؛ فإنه طعام واحد))، ثم أتينا بطبق فيه ألوان من رطب أو تمر – شك عبيد الله بن عكراش رطبا كان تمرا -، فجعلت آكل من بين يدي، وجالت يد رسول الله صلى الله عليه وسلم في الطبق، ثم قال: ((يا عكراش! كل من حيث شئت؛ فإنه من غير لون واحد)). ثم أتينا بماء فغسل رسول الله صلى الله عليه وسلم يديه، ثم مسح ببلل كفيه وجهه وذراعيه ثم قال:((يا عكراش! هكذا الوضوء، مما غيرت النار)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ikrasy RA beliau berkata: Banu Murrah bin Ubaid mengutuskan aku dengan sedekah harta (yakni zakat mereka) kepada Rasulullah SAW , lalu apabila aku pergi bertemu baginda di Madinah, aku menjumpai baginda sedang duduk bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar, maka aku mendatangi baginda dengan unta-unta yang seakan-akan dahan-dahan pokok Arta, lalu baginda SAW bertanya: siapakah lelaki itu (yakni Ikrasy)? Lalu aku berkata: Ikrasy bin Zuaib, baginda berkata lagi: "Sebutkan nasab(mu)." Aku berkata: Ibn Hurqus bin Ja’dah bin Amru bin al-Nazzal bin Murrah bin Ubaid, dan ini (aku bawakan bersamaku) sedekah (zakat) Bani Murrah bin Ubaid. Rasulullah SAW kemudiannya tersenyum dan berkata: "Ini adalah unta kaumku, dan ini adalah sedekah kaumku." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan agar ditanda unta-unta itu dengan tanda (bahawa) ianya adalah unta sedekah (zakat) dan ia digabungkan dengan yang lain. Kemudian Baginda SAW mengambil tanganku, lalu (membawaku) ke rumah Umm Salamah isteri baginda SAW, lalu baginda bertanya: "Adakah ada makanan?" Lalu baginda mendatangi kami dengan sebekas makanan yang dipenuhi dengan bubur al-Tharid dan al-Wazr, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Rasulullah SAW makan apa yang ada di hadapan baginda, dan aku mengambil (makanan) dari sekelilingnya, lalu Rasulullah SAW memegang tangan kananku dengan tangan kirinya kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, Makanlah dari satu tempat sahaja, seseungguhnya ianya makanan yang satu (yakni yang sama sahaja meski diambil dari arah berbeza-beza)." Selepas itu baginda datang pula kepada kami dengan membawakan satu dulang yang dipenuhi tamar dan rutab yang berbagai warna (jenis)-Ubaidullah Ibn Akrasy tidak mengingati apakah ia tamar atau rutab-, lalu aku memakan apa yang ada dihadapanku, dan tangan Rasulullah SAW berpusing-pusing di dulang tersebut, kemudian baginda SAW berkata: "Wahai Ikrasy, makanlah dari (arah) mana yang kamu suka, sesungguhnya ia (makanan) yang bukan dari warna (jenis) yang sama." Kemudian Baginda mendatangi kami dengan air (pula), lalu baginda membasuh kedua tangannya, kemudian dengan kedua telapak tangannya yang basah, baginda menyapu wajahnya dan kedua tangannya hingga ke siku, kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, beginilah (rupanya) wuduk, dari (air) yang diubah oleh api (yakni yang dimasak)."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 894, hadis nombor 4584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عكراش: -رضي الله عنه- قال: بعثني بنو مرة بن عبيد بصدقات أموالهم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقدمت عليه المدينة، فوجدته جالسا مع المهاجرين والأنصار، فأتيته بإبل كأنها عروق الأرطى، فقال: ((من الرجل؟ ))، فقلت: عكراش بن ذؤيب، قال: ((ارفع في النسب))، فقلت: ابن حرقوص بن جعدة بن عمرو بن النزال بن مرة بن عبيد، وهذه صدقات بني مرة بن عبيد، فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال: ((هذه إبل قومي؛ هذه صدقات قومي)). ثم أمر بها رسول الله صلى الله عليه وسلم أن توسم بميسم إبل الصدقة وتضم إليها، ثم أخذ بيدي، فانطلق بي إلى منزل أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ((هل من طعام؟))، فأتينا بجفنة كثيرة الثريد والوذر فأقبلنا نأكل منها، فأكل رسول الله صلى الله عليه وسلم مما بين يديه، وجعلت أخبط في نواحيها، فقبض رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده اليسرى على يدي اليمنى ثم قال: ((يا عكراش! كل من موضع واحد؛ فإنه طعام واحد))، ثم أتينا بطبق فيه ألوان من رطب أو تمر – شك عبيد الله بن عكراش رطبا كان تمرا -، فجعلت آكل من بين يدي، وجالت يد رسول الله صلى الله عليه وسلم في الطبق، ثم قال: ((يا عكراش! كل من حيث شئت؛ فإنه من غير لون واحد)). ثم أتينا بماء فغسل رسول الله صلى الله عليه وسلم يديه، ثم مسح ببلل كفيه وجهه وذراعيه ثم قال:((يا عكراش! هكذا الوضوء، مما غيرت النار)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، حب في ((الضعفاء))، ت -مختصرا-، هـ ((الضعيفة)) (5098)].

(Lemah)
Daripada Ikrasy RA beliau berkata: Banu Murrah bin Ubaid mengutuskan aku dengan sedekah harta (yakni zakat mereka) kepada Rasulullah SAW , lalu apabila aku pergi bertemu baginda di Madinah, aku menjumpai baginda sedang duduk bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar, maka aku mendatangi baginda dengan unta-unta yang seakan-akan dahan-dahan pokok Arta, lalu baginda SAW bertanya: siapakah lelaki itu (yakni Ikrasy)? Lalu aku berkata: Ikrasy bin Zuaib, baginda berkata lagi: "Sebutkan nasab(mu)." Aku berkata: Ibn Hurqus bin Ja’dah bin Amru bin al-Nazzal bin Murrah bin Ubaid, dan ini (aku bawakan bersamaku) sedekah (zakat) Bani Murrah bin Ubaid. Rasulullah SAW kemudiannya tersenyum dan berkata: "Ini adalah unta kaumku, dan ini adalah sedekah kaumku." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan agar ditanda unta-unta itu dengan tanda (bahawa) ianya adalah unta sedekah (zakat) dan ia digabungkan dengan yang lain. Kemudian Baginda SAW mengambil tanganku, lalu (membawaku) ke rumah Umm Salamah isteri baginda SAW, lalu baginda bertanya: "Adakah ada makanan?" Lalu baginda mendatangi kami dengan sebekas makanan yang dipenuhi dengan bubur al-Tharid dan al-Wazr, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Rasulullah SAW makan apa yang ada di hadapan baginda, dan aku mengambil (makanan) dari sekelilingnya, lalu Rasulullah SAW memegang tangan kananku dengan tangan kirinya kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, Makanlah dari satu tempat sahaja, seseungguhnya ianya makanan yang satu (yakni yang sama sahaja meski diambil dari arah berbeza-beza)." Selepas itu baginda datang pula kepada kami dengan membawakan satu dulang yang dipenuhi tamar dan rutab yang berbagai warna (jenis)-Ubaidullah Ibn Ikrasy tidak mengingati apakah ia tamar atau rutab-, lalu aku memakan apa yang ada dihadapanku, dan tangan Rasulullah SAW berpusing-pusing di dulang tersebut, kemudian baginda SAW berkata: "Wahai Ikrasy, makanlah dari (arah) mana yang kamu suka, sesungguhnya ia (makanan) yang bukan dari warna (jenis) yang sama." Kemudian Baginda mendatangi kami dengan air (pula), lalu baginda membasuh kedua tangannya, kemudian dengan kedua telapak tangannya yang basah, baginda menyapu wajahnya dan kedua tangannya hingga ke siku, kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, beginilah (rupanya) wuduk, dari (air) yang diubah oleh api (yakni yang dimasak)."
[Riwayat Abu Bakr al-Syaf’i dalam al-Fawaid, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Sunan Tirmidzi secara ringkas dan Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs