Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عِكراشُ كُلْ من موضعٍ واحدٍ فإنه طعامٌ واحدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Ikrasy RA beliau berkata: Banu Murrah bin Ubaid mengutuskan aku dengan sedekah harta (yakni zakat mereka) kepada Rasulullah SAW , lalu apabila aku pergi bertemu baginda di Madinah, aku menjumpai baginda sedang duduk bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar, maka aku mendatangi baginda dengan unta-unta yang seakan-akan dahan-dahan pokok Arta, lalu baginda SAW bertanya: siapakah lelaki itu (yakni Ikrasy)? Lalu aku berkata: Ikrasy bin Zuaib, baginda berkata lagi: "Sebutkan nasab(mu)." Aku berkata: Ibn Hurqus bin Ja'dah bin Amru bin al-Nazzal bin Murrah bin Ubaid, dan ini (aku bawakan bersamaku) sedekah (zakat) Bani Murrah bin Ubaid. Rasulullah SAW kemudiannya tersenyum dan berkata: "Ini adalah unta kaumku, dan ini adalah sedekah kaumku." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan agar ditanda unta-unta itu dengan tanda (bahawa) ianya adalah unta sedekah (zakat) dan ia digabungkan dengan yang lain. Kemudian Baginda SAW mengambil tanganku, lalu (membawaku) ke rumah Umm Salamah isteri baginda SAW, lalu baginda bertanya: "Adakah ada makanan?" Lalu baginda mendatangi kami dengan sebekas makanan yang dipenuhi dengan bubur al-Tharid dan al-Wazr, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Rasulullah SAW makan apa yang ada di hadapan baginda, dan aku mengambil (makanan) dari sekelilingnya, lalu Rasulullah SAW memegang tangan kananku dengan tangan kirinya kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, Makanlah dari satu tempat sahaja, seseungguhnya ianya makanan yang satu (yakni yang sama sahaja meski diambil dari arah berbeza-beza)." Selepas itu baginda datang pula kepada kami dengan membawakan satu dulang yang dipenuhi tamar dan rutab yang berbagai warna (jenis)-Ubaidullah Ibn Akrasy tidak mengingati apakah ia tamar atau rutab-, lalu aku memakan apa yang ada dihadapanku, dan tangan Rasulullah SAW berpusing-pusing di dulang tersebut, kemudian baginda SAW berkata: "Wahai Ikrasy, makanlah dari (arah) mana yang kamu suka, sesungguhnya ia (makanan) yang bukan dari warna (jenis) yang sama." Kemudian Baginda mendatangi kami dengan air (pula), lalu baginda membasuh kedua tangannya, kemudian dengan kedua telapak tangannya yang basah, baginda menyapu wajahnya dan kedua tangannya hingga ke siku, kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, beginilah (rupanya) wuduk, dari (air) yang diubah oleh api (yakni yang dimasak)."
Sahabat Perawi
- Akrasy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 894, hadis no. 4584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ikrasy RA beliau berkata: Banu Murrah bin Ubaid mengutuskan aku dengan sedekah harta (yakni zakat mereka) kepada Rasulullah SAW , lalu apabila aku pergi bertemu baginda di Madinah, aku menjumpai baginda sedang duduk bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar, maka aku mendatangi baginda dengan unta-unta yang seakan-akan dahan-dahan pokok Arta, lalu baginda SAW bertanya: siapakah lelaki itu (yakni Ikrasy)? Lalu aku berkata: Ikrasy bin Zuaib, baginda berkata lagi: "Sebutkan nasab(mu)." Aku berkata: Ibn Hurqus bin Ja'dah bin Amru bin al-Nazzal bin Murrah bin Ubaid, dan ini (aku bawakan bersamaku) sedekah (zakat) Bani Murrah bin Ubaid. Rasulullah SAW kemudiannya tersenyum dan berkata: "Ini adalah unta kaumku, dan ini adalah sedekah kaumku." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan agar ditanda unta-unta itu dengan tanda (bahawa) ianya adalah unta sedekah (zakat) dan ia digabungkan dengan yang lain. Kemudian Baginda SAW mengambil tanganku, lalu (membawaku) ke rumah Umm Salamah isteri baginda SAW, lalu baginda bertanya: "Adakah ada makanan?" Lalu baginda mendatangi kami dengan sebekas makanan yang dipenuhi dengan bubur al-Tharid dan al-Wazr, lalu kami mengambilnya dan memakannya. Kemudian Rasulullah SAW makan apa yang ada di hadapan baginda, dan aku mengambil (makanan) dari sekelilingnya, lalu Rasulullah SAW memegang tangan kananku dengan tangan kirinya kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, Makanlah dari satu tempat sahaja, seseungguhnya ianya makanan yang satu (yakni yang sama sahaja meski diambil dari arah berbeza-beza)." Selepas itu baginda datang pula kepada kami dengan membawakan satu dulang yang dipenuhi tamar dan rutab yang berbagai warna (jenis)-Ubaidullah Ibn Ikrasy tidak mengingati apakah ia tamar atau rutab-, lalu aku memakan apa yang ada dihadapanku, dan tangan Rasulullah SAW berpusing-pusing di dulang tersebut, kemudian baginda SAW berkata: "Wahai Ikrasy, makanlah dari (arah) mana yang kamu suka, sesungguhnya ia (makanan) yang bukan dari warna (jenis) yang sama." Kemudian Baginda mendatangi kami dengan air (pula), lalu baginda membasuh kedua tangannya, kemudian dengan kedua telapak tangannya yang basah, baginda menyapu wajahnya dan kedua tangannya hingga ke siku, kemudian baginda berkata: "Wahai Ikrasy, beginilah (rupanya) wuduk, dari (air) yang diubah oleh api (yakni yang dimasak)." [Riwayat Abu Bakr al-Syaf’i dalam al-Fawaid, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Sunan Tirmidzi secara ringkas dan Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5098].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman