Classification icon

Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Bantulah pembeli

Teks Bahasa Arab

‌أَعِينُوا ‌الشَّارِيَ.

Teks Bahasa Melayu

Bantulah pembeli.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis no. 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث. نعم، أخرج الديلمي، حديث: "ألا أبلغوا الباعة، والسوقة. إن كثرة السوم في بضائعهم من قلة الرحمة، وقساوة القلب.ارحم من تبيعه وارحم من تشتري منه، فإنما المسلمون إخوة، ارحم الناس يرحمك الله. من لا يرحم، لا يرحم".

Ia bukan hadith. Ya, Ad-Dailami telah meriwayatkan hadith: "Ingatlah! Sampaikanlah kepada penjual dan orang ramai, sesungguhnya banyak tawar menawar pada barangan mereka termasuk sedikitnya rasa simpati dan kerasnya hati. Bersimpatilah kepada orang yang menjual dan bersimpatilah kepada orang yang membeli, kerana orang-orang Islam itu bersaudara. Bersimpatilah kepada orang lain, Allah akan bersimpati kepadamu, orang yang tidak memiliki sifat simpati tidak akan mendapat simpati".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.