Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan hajat-hajat tersebut

TEKS BAHASA ARAB

حديث: استعينوا على نجاح الحوائج بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan hajat-hajat tersebut kerana setiap yang mempunyai nikmat itu didengki.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 70-71, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن معاذ رضي الله عنه مرفوعا بإسناد فيه: سعيد بن سلام العطار.
قال البخاري: يذكر بوضع الحديث.
ورواه ابن عدي من حديثه بإسناد فيه: حسين بن علوان وضاع.
ورواه الخطيب عن ابن عباس بإسناد فيه: الحسين بن عبد الله الأبزاري وهو المتهم بوضعه.
وقال أحمد وابن معين: هذا حديث موضوع.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Muaz RA secara marfu' (disandar kepada Nabi) dengan sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Salam al-Attar.

Al-Bukhari menyatakan dia sering diingati sebagai pereka hadith.

Ibn Adi meriwayatkan melalui hadithnya dengan sanad terdapat perawi bernama Husain bin Ulwan yang merupakan seorang pemalsu hadith.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas dengan sanad padanya perawi bernama al-Husain bin Abdillah al-Abrazi seorang yang dituduh mereka hadith tersebut.

Ahmad dan Ibn Main berkata: Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs