Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: استعينوا على نجاح الحوائج بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan hajat-hajat tersebut kerana setiap yang mempunyai nikmat itu didengki.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 70-71, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Muaz RA secara marfu' (disandar kepada Nabi) dengan sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Salam al-Attar. Al-Bukhari menyatakan dia sering diingati sebagai pereka hadith. Ibn Adi meriwayatkan melalui hadithnya dengan sanad terdapat perawi bernama Husain bin Ulwan yang merupakan seorang pemalsu hadith. Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas dengan sanad padanya perawi bernama al-Husain bin Abdillah al-Abrazi seorang yang dituduh mereka hadith tersebut. Ahmad dan Ibn Main berkata: Hadith ini palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman