TEKS BAHASA ARAB
استعينوا على النساء بالعري.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bantulah diri kalian untuk menjaga para isteri dengan mengurangkan pakaian mereka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis nombor 4751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((استعينوا على النساء بالعري)).
[عد، طس، ((الضعيفة)) (2022)].
(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bantulah diri kalian untuk menjaga para isteri dengan mengurangkan pakaian mereka.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 2022].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.