Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسْتَعينُوا عَلَى النِّسَاءِ بِالْعُرْيِ.
Teks Bahasa Melayu
Bantulah diri kalian untuk menjaga para isteri dengan mengurangkan pakaian mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis no. 4751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: استعينوا على النساء بالعري. [عد، طس، الضعيفة (2022)].
(Sangat Lemah) Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bantulah diri kalian untuk menjaga para isteri dengan mengurangkan pakaian mereka. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 2022].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman