Bantulah anak kalian dalam kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

أعينوا أولادكم على البر، من شاء استخرج العقوق لولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bantulah anak kalian dalam kebaikan. Sekiranya mereka mampu maka keluarkanlah kederhakaan daripada anaknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis nombor 4993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: ((أعينوا أولادكم على البر، إن شاء استخرج العقوق لولده)).
[طس، ((الضعيفة)) 7028].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Bantulah anak kalian dalam kebaikan. Sekiranya mereka mampu maka keluarkanlah kederhakaan daripada anaknya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7028].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs