Bantulah anak-anak kamu untuk melakukan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

أعينوا أولادكم على البر، من شاء استخرج العقوق لولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bantulah anak-anak kamu untuk melakukan kebaikan, buat sesiapa yang ingin mengeluarkan sifat derhaka dari anaknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144, hadis nombor 724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَعِينُوا أَوْلَادَكُمْ عَلَى الْبِرِّ، مَنْ شَاءَ اسْتَخْرَجَ الْعُقُوقَ لِوَلَدِهِ)). [طس، ((الضعيفة)) (7028)]

(Munkar)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Bantulah anak-anak kamu untuk melakukan kebaikan, buat sesiapa yang ingin mengeluarkan sifat derhaka dari anaknya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7028]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs