Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَعثَني بَنو مُرَّةَ بنِ عُبَيْدٍ بصدَقاتِ أموالِهِم إلى رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ، فقَدِمْتُ عليهِ المدينةَ، فوجدتُهُ جالسًا بينَ المُهاجرينَ والأنصارِ، قالَ: ثمَّ أخذَ بيَدي فانطلقَ بي إلى بيتِ أمِّ سلمةَ فقالَ: هل مِن طعامٍ؟ فأتَينا بجفنةٍ كَثيرةِ الثَّريدِ والوذَرِ، وأقبَلنا نأكلُ منها، فخبطتُ بيدي من نواحيها وأَكَلَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ من بينِ يديهِ، فقَبضَ بيدِهِ اليُسرى على يدي اليُمنى ثمَّ قالَ: يا عِكْراشُ، كُلْ من موضعٍ واحدٍ فإنَّهُ طعامٌ واحدٌ، ثمَّ أُتِينا بطبقٍ فيهِ ألوانُ الرُّطَبُ أو من ألوانِ الرُّطبِ، عُبَيْدُ اللَّهِ شَكَّ، قالَ: فجعلتُ آكلُ من بينِ يديَّ، وجالَت يدُ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ في الطَّبقِ وقالَ: يا عِكْراشُ، كل من حيثُ شئتَ فإنَّهُ غيرُ لونٍ واحدٍ، ثمَّ أتَينا بماءٍ فغَسلَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يديهِ، ومسحَ ببلَلِ كفَّيهِ وجهَهُ وذراعَيهِ ورأسَهُ وقالَ: يا عِكْراشُ، هذا الوضوءُ مِمَّا غيَّرتِ النَّارُ.
Teks Bahasa Melayu
Bani Murrah Bin ‘Ubaid mengutuskan aku dengan harta zakat mereka untuk diserahkan kepada Rasulullah SAW. Aku pergi kepada Baginda yang berada di Madinah. Lalu aku mendapati Baginda duduk bersama golongan Muhajirin dan Ansar. Aku mendatangi Baginda dengan unta kemerahan seperti akar pokok Arta. Baginda bertanya: Siapakah lelaki ini? Aku berkata: ‘Ikrasy Bin Zuaib. Baginda bertanya lagi: Sebutkan lagi nasab kamu. Aku berkata: Ibn Hurqus Bin Ja’dah Bin ‘Amru Bin al-Nazzal Bin Murrah Bin ‘Ubaid. Ini adalah zakat Bani Murrah Bin ‘Ubaid. Lalu Rasulullah SAW tersenyum. Kemudian Baginda bersabda: Ini adalah unta kaum aku. Ini adalah zakat kaum aku. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan unta-unta tersebut untuk ditandakan dengan tanda unta zakat dan dikumpulkan sekali. Kemudian Baginda mengambil tangan aku dan Baginda membawa aku pergi bersama ke rumah Ummu Salamah. Baginda bersabda: Adakah ada makanan? Lalu kami diberikan bekas yang penuh dengan al-Tharid dan beberapa potong daging. Kami terima pemberian tersebut dan makan. Lantas Baginda SAW makan apa yang ada di hadapan Baginda. Aku mula mengambil apa yang ada di tepi makanan tersebut. Lalu Baginda mengenggam tangan kanan aku dengan tangan kiri Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy. Makanlah dari tempat yang satu, sesungguhnya ia daripada makanan yang sama. Kemudian kami diberikan pula bekas pelbagai rutob atau kurma. ‘Ubaidullah Bin ‘Ikrasy tidak pasti sama ada rutob atau kurma. Lalu aku makan apa yang ada di hadapan aku. Lalu tangan Nabi SAW menghulurkan tangan Baginda ke bekas tersebut. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy, makanlah dari arah mana yang kamu hendak, Ini kerana ia bukan daripada jenis yang satu. Kemudian kami diberikan air, kemudian Nabi SAW membasuh tangan Baginda kemudian dengan tapak tangan yang basah itu, Baginda menyapu wajah dan lengan Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy, beginilah wuduk selepas makan makanan yang dipanggang atas api.
Sahabat Perawi
- Ikrasy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1899, hadis no. 9547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Ikrasy RA, Bani Murrah Bin ‘Ubaid mengutuskan aku dengan harta zakat mereka untuk diserahkan kepada Rasulullah SAW. Aku pergi kepada Baginda yang berada di Madinah. Lalu aku mendapati Baginda duduk bersama golongan Muhajirin dan Ansar. Aku mendatangi Baginda dengan unta kemerahan seperti akar pokok Arta. Baginda bertanya: Siapakah lelaki ini? Aku berkata: ‘Ikrasy Bin Zuaib. Baginda bertanya lagi: Sebutkan lagi nasab kamu. Aku berkata: Ibn Hurqus Bin Ja’dah Bin ‘Amru Bin al-Nazzal Bin Murrah Bin ‘Ubaid. Ini adalah zakat Bani Murrah Bin ‘Ubaid. Lalu Rasulullah SAW tersenyum. Kemudian Baginda bersabda: Ini adalah unta kaum aku. Ini adalah zakat kaum aku. Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan unta-unta tersebut untuk ditandakan dengan tanda unta zakat dan dikumpulkan sekali. Kemudian Baginda mengambil tangan aku dan Baginda membawa aku pergi bersama ke rumah Ummu Salamah. Baginda bersabda: Adakah ada makanan? Lalu kami diberikan bekas yang penuh dengan al-Tharid dan beberapa potong daging. Kami terima pemberian tersebut dan makan. Lantas Baginda SAW makan apa yang ada di hadapan Baginda. Aku mula mengambil apa yang ada di tepi makanan tersebut. Lalu Baginda mengenggam tangan kanan aku dengan tangan kiri Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy. Makanlah dari tempat yang satu, sesungguhnya ia daripada makanan yang sama. Kemudian kami diberikan pula bekas pelbagai rutob atau kurma. ‘Ubaidullah Bin ‘Ikrasy tidak pasti sama ada rutob atau kurma. Lalu aku makan apa yang ada di hadapan aku. Lalu tangan Nabi SAW menghulurkan tangan Baginda ke bekas tersebut. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy, makanlah dari arah mana yang kamu hendak, Ini kerana ia bukan daripada jenis yang satu. Kemudian kami diberikan air, kemudian Nabi SAW membasuh tangan Baginda kemudian dengan tapak tangan yang basah itu, Baginda menyapu wajah dan lengan Baginda. Kemudian Baginda bersabda: Wahai ‘Ikrasy, beginilah wuduk selepas makan makanan yang dipanggang atas api. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi’e dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5098]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman