Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرَيتُ بني مروان يَتَعَاوَرُونَ على مِنْبَرْيْ، فساءني ذلك، ورأيتُ بني العباس يتعاورون منبري فَسِرَّنِي ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah diperlihatkan Bani Marwan saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku dukacita. Dan aku diperlihatkan pula Bani Abbas saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku sukacita.
Sahabat Perawi
- Thawban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis no. 6752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان رضي الله عنه مرفوعا: أريت بني مروان يتعاورون على منبري، فساءني ذلك، ورأيت بني العباس يتعاورون منبري فسرني ذلك. [طب، ((الضعيفة)) (2748)]
(Sangat Lemah) Daripada Thawban RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku telah diperlihatkan Bani Marwan saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku dukacita. Dan aku diperlihatkan pula Bani Abbas saling bergantian di atas mimbarku, hal itu membuatkan aku sukacita. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2748]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman