Bani Israel dahulu mempunyai dua raja bersaudara di dua buah kota

TEKS BAHASA ARAB

كان في بني إسرائيل أخوان ملكان على مدينتين، وكان أحدهما باراً برحمه، عادلاً على رعيته، وكان الآخر عاقاً برحمه، جائراً على رعيته، وكان في عصرهما نبي، فأوحى الله إلى ذلك النبي: إنه قد بقي من عمر هذا البار ثلاث سنين، وبقي من عمر العاق ثلاثون سنة، فأخبر النبي رعية هذا ورعية هذا، فأحزن ذلك رعية العادل، وأحزن ذلك رعية الجائر، ففرقوا بين الأمهات والأطفال، وتركوا الطعام والشراب، وخرجوا إلى الصحراء يدعون الله تعالى أن يمتعهم بالعادل، ويزيل عنهم الجائر؛ فأقاموا ثلاثاً، فأوحى الله إلى ذلك النبي: أن أخبر عبادي أني قد رحمتهم، وأجبت دعاءهم، فجعلت ما بقي من عمر البار لذلك الجائر، وما بقي من عمر الجائر لهذا البار. فرجعوا إلى بيوتهم، ومات العاق لتمام ثلاث سنين، وبقي العادل فيهم ثلاثين سنة، ثم تلا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (وما يعمر من معمر ولا ينقص من عمره إلا في كتاب إن ذلك على الله يسير).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bani Israel dahulu mempunyai dua raja bersaudara di dua buah kota. Salah seorang daripadanya berbuat baik kepada saudara-maranya dan berlaku adil kepada rakyatnya. Manakala seorang lagi berbuat jahat kepada saudara-maranya dan berlaku zalim kepada rakyatnya. Pada zaman mereka berdua terdapat seorang nabi. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi tersebut: Sesungguhnya masih berbaki tiga tahun dari usia raja yang baik tersebut dan masih berbaki tiga puluh tahun dari usia raja yang zalim tersebut. Kemudian nabi itu memberitahu hal tersebut kepada rakyat kedua raja tersebut. Maka berdukacitalah rakyat raja yang adil dan juga rakyat raja yang zalim. Maka berpisahlah ibu dan anak, dan mereka meninggalkan makan dan minum serta keluar ke padang pasir untuk berdoa kepada Allah agar mereka diberikan nikmat raja yang adil dan dijauhkan daripada mereka raja yang zalim dan mereka bermukim di situ selama tiga hari. Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi tersebut: Beritahulah kepada hamba-hambaKu bahawasanya Aku merahmati mereka dan Aku telah menjawab doa mereka serta Aku telah menjadikan baki usia raja yang adil itu seperti raja yang zalim itu dan baki usia raja yang zalim itu seperti raja yang adil itu. Lantas mereka pun pulang ke rumah mereka dan matilah raja yang zalim itu setelah sempurna tiga tahun dan hiduplah raja yang adil bersama rakyatnya selama tiga puluh tahun. Lalu Rasulullah SAW pun membacakan ayat ini: “Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lawḥ Maḥfūẓ). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.” [Fatir: 11]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1509, hadis nombor 7683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: – كان في بني إسرائيل أخوان ملكان على مدينتين، وكان أحدهما باراً برحمه، عادلاً على رعيته، وكان الآخر عاقاً برحمه، جائراً على رعيته، وكان في عصرهما نبي، فأوحى الله إلى ذلك النبي: إنه قد بقي من عمر هذا البار ثلاث سنين، وبقي من عمر العاق ثلاثون سنة، فأخبر النبي رعية هذا ورعية هذا، فأحزن ذلك رعية العادل، وأحزن ذلك رعية الجائر، ففرقوا بين الأمهات والأطفال، وتركوا الطعام والشراب، وخرجوا إلى الصحراء يدعون الله تعالى أن يمتعهم بالعادل، ويزيل عنهم الجائر؛ فأقاموا ثلاثاً، فأوحى الله إلى ذلك النبي: أن أخبر عبادي أني قد رحمتهم، وأجبت دعاءهم، فجعلت ما بقي من عمر البار لذلك الجائر، وما بقي من عمر الجائر لهذا البار. فرجعوا إلى بيوتهم، ومات العاق لتمام ثلاث سنين، وبقي العادل فيهم ثلاثين سنة، ثم تلا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (وما يعمر من معمر ولا ينقص من عمره إلا في كتاب إن ذلك على الله يسير). [أبو الحسن بن معروف، الخطيب، ابن عساكر، خط، (الضعيفة)) (5040)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bani Israel dahulu mempunyai dua raja bersaudara di dua buah kota. Salah seorang daripadanya berbuat baik kepada saudara-maranya dan berlaku adil kepada rakyatnya. Manakala seorang lagi berbuat jahat kepada saudara-maranya dan berlaku zalim kepada rakyatnya. Pada zaman mereka berdua terdapat seorang nabi. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi tersebut: Sesungguhnya masih berbaki tiga tahun dari usia raja yang baik tersebut dan masih berbaki tiga puluh tahun dari usia raja yang zalim tersebut. Kemudian nabi itu memberitahu hal tersebut kepada rakyat kedua raja tersebut. Maka berdukacitalah rakyat raja yang adil dan juga rakyat raja yang zalim. Maka berpisahlah ibu dan anak, dan mereka meninggalkan makan dan minum serta keluar ke padang pasir untuk berdoa kepada Allah agar mereka diberikan nikmat raja yang adil dan dijauhkan daripada mereka raja yang zalim dan mereka bermukim di situ selama tiga hari. Kemudian Allah mewahyukan kepada nabi tersebut: Beritahulah kepada hamba-hambaKu bahawasanya Aku merahmati mereka dan Aku telah menjawab doa mereka serta Aku telah menjadikan baki usia raja yang adil itu seperti raja yang zalim itu dan baki usia raja yang zalim itu seperti raja yang adil itu. Lantas mereka pun pulang ke rumah mereka dan matilah raja yang zalim itu setelah sempurna tiga tahun dan hiduplah raja yang adil bersama rakyatnya selama tiga puluh tahun. Lalu Rasulullah SAW pun membacakan ayat ini: “Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lawḥ Maḥfūẓ). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.” [Fatir: 11]))
[Riwayat Abu al-Hasan bin Ma’ruf, al-Khatib, Ibnu Asakir, dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5040].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs