Bani Aslam, Allah SWT telah selamatkan mereka dari segala bencana kecuali maut

TEKS BAHASA ARAB

أسلم سلمهم الله من كل آفة إلا الموت، فإنه لا يسلم عليه، وغفار غفر الله لها، ولا حي أفضل من الأنصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bani Aslam, Allah SWT telah selamatkan mereka dari segala bencana kecuali maut. Sesungguhnya Allah tidak menyelamatkan mereka dari itu. Bani Ghifar, Allah telah ampunkan mereka. Tiada orang yang hidup lebih baik dari orang Ansar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis nombor 9156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن يزيد الكعبي، قال: كنت جالسا مع النبي صلى الله عليه وسلم فكان مما حفظت من كلامه أن، قال: أسلم سلَمَهُمُ الله من كل آفة إلا الموت، فإنه لا يسلم عليه، وغفار غفر الله لها، ولا حي أفضل من الأنصار. [فر، أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (2769)]

(Lemah) Daripada Umar bin Yazid al-Ka’bi berkata: Aku duduk bersama Nabi SAW dan antara kata-kata yang aku hafal daripadanya, baginda bersabda: Bani Aslam, Allah SWT telah selamatkan mereka dari segala bencana kecuali maut. Sesungguhnya Allah tidak menyelamatkan mereka dari itu. Bani Ghifar, Allah telah ampunkan mereka. Tiada orang yang hidup lebih baik dari orang Ansar. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Abu Nu’aim dalam Makrifat Sahabat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2769]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs