Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أسلمُ سلَّمهُمُ اللهُ منْ كلِّ آفةٍ إلا الموتَ، فإنهُ لا يَسَلَّمُ عليهِ وغِفارٌ غَفَرَ اللَّهُ لها، ولا حَيَّ أفْضَلُ منَ الأَنْصارِ.
Teks Bahasa Melayu
Bani Aslam, Allah SWT telah selamatkan mereka dari segala bencana kecuali maut. Sesungguhnya Allah tidak menyelamatkan mereka dari itu. Bani Ghifar, Allah telah ampunkan mereka. Tiada orang yang hidup lebih baik dari orang Ansar.
Sahabat Perawi
- Umar bin Yazid al-Ka’bi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis no. 9156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن يزيد الكعبي، قال: كنت جالسا مع النبي صلى الله عليه وسلم فكان مما حفظت من كلامه أن، قال: أسلم سلَمَهُمُ الله من كل آفة إلا الموت، فإنه لا يسلم عليه، وغفار غفر الله لها، ولا حي أفضل من الأنصار. [فر، أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (2769)]
(Lemah) Daripada Umar bin Yazid al-Ka’bi berkata: Aku duduk bersama Nabi SAW dan antara kata-kata yang aku hafal daripadanya, baginda bersabda: Bani Aslam, Allah SWT telah selamatkan mereka dari segala bencana kecuali maut. Sesungguhnya Allah tidak menyelamatkan mereka dari itu. Bani Ghifar, Allah telah ampunkan mereka. Tiada orang yang hidup lebih baik dari orang Ansar. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Abu Nu’aim dalam Makrifat Sahabat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2769]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman