Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأزْدُ أُسْدُ اللهِ في الأرضِ، يريدُ الناسُ أن يَضَعُوهم، ويأبَى اللهُ إلا أن يَرْفَعَهم، ولَيَأْتِيَنَّ على الناسِ زمانٌ يقولُ الرجلُ : يا لَيْتَ كان أبي أَزْدِيًّا يا لَيْتَ أمي كانت أَزْدِيَّةً.
Teks Bahasa Melayu
Bani al-Azd merupakan singa Allah di bumi. Manusia ingin menjatuhkan nama mereka, Allah tidak mahu melainkan meninggikan mereka. Sesungguhnya akan tiba satu zaman yang mana seseorang itu berkata: Alangkah indahnya jika ayah aku dari bani al-Azd dan ibuku dari bani al-Azd.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis no. 9109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الأزد أسد الله في الأرض، يريد الناس أن يضعوهم، ويأبى الله إلا أن يرفعهم، وليأتين على الناس زمان يقول الرجل: يا ليت كان أبي أزديا، يا ليت أمي كانت أزدية)). [ت، ابن جميع في ((المعجم الشيوخ))، الضياء، ابن عساكر، عبدالرحمن بن محمد بن ياسر في ((حديث أبي القاسم علي بن يعقوب))، ((الضعيفة)) (2467)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Bani al-Azd merupakan singa Allah di bumi. Manusia ingin menjatuhkan nama mereka, Allah tidak mahu melainkan meninggikan mereka. Sesungguhnya akan tiba satu zaman yang mana seseorang itu berkata: Alangkah indahnya jika ayah aku dari bani al-Azd dan ibuku dari bani al-Azd." [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Syuyukh, al-Dhiya’, Ibn ‘Asakir dan Abdul Rahman bin Muhammad bin Yasir dalam Hadis Abu al-Qasim Ali bin Ya’kub. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2467]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman