Bangunlah lalu solatlah

TEKS BAHASA ARAB

قم فصل فإن في الصلاة شفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangunlah lalu solatlah kerana sesungguhnya dalam solat itu terdapat penawar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 61, hadis nombor 340. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Pada sebab wurud hadith ini Nabi SAW bersabda kepada Abu Hurairah: "اشكنب درد", ia perkataan Parsi yang bermaksud: Sesungguhnya engkau sedang sakit, bangunlah lalu dirikanlah solat, hadith. Sebahagian mereka berkata bahawa hadith tersebut tidak ada asalnya kerana Abu Hurairah bukanlah seorang yang berbangsa Parsi. Hanya berkemungkinan Abu Hurairah menyebutkannya kepada Mujahid kerana beliau seorang berbangsa Parsi. Turut diriwayatkan daripada Abu al-Darda’, ia juga tidak sahih. Ibn al-Muflih turut menyebutkannya dalam al-Adab. Oleh itu, hadith tersebut mawquf (disandarkan kepada sahabat), riwayat secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) adalah suatu kekeliruaan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs