Bangunlah kamu semua, lalu berwuduklah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قوموا كلكم فتوضأوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangunlah kamu semua, lalu berwuduklah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1194, hadis nombor 6059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن مجاهد، قال: وجد النبي صلى الله عليه وسلم ريحا، فقال: ليقم صاحب الريح فليتوضأ، فاستحيا الرجل أن يقوم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليقم صاحب هذا الريح فليتوضأ، فإن الله لا يستحيي من الحق. فقال العباس: يا رسول الله أفلا نقوم كلنا فنتوضأ؟ فقال: قوموا كلكم فتوضأوا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1132)]

(Batil)
Daripada Mujahid, katanya: Nabi SAW mendapati ada bau (kentut), baginda pun bersabda: Hendaklah orang yang mengeluarkan bau ini berdiri lalu berwuduk, lelaki itu pun malu untuk berdiri, lalu Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah orang yang mengeluarkan bau ini berdiri lalu berwuduk kerana sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Lalu al-‘Abbas berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa tidak kita semua bangun lalu berwuduk?, Baginda bersabda: Bangunlah semua kamu lalu berwuduklah.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1132]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.