Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُوموا كلُّكم فتَوَضَّأوا.
Teks Bahasa Melayu
Bangunlah kamu semua, lalu berwuduklah.
Sahabat Perawi
- Mujahid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1194, hadis no. 6059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Mujahid, katanya: Nabi SAW mendapati ada bau (kentut), baginda pun bersabda: Hendaklah orang yang mengeluarkan bau ini berdiri lalu berwuduk, lelaki itu pun malu untuk berdiri, lalu Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah orang yang mengeluarkan bau ini berdiri lalu berwuduk kerana sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Lalu al-'Abbas berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa tidak kita semua bangun lalu berwuduk?, Baginda bersabda: Bangunlah semua kamu lalu berwuduklah. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1132]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman