Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat

TEKS BAHASA ARAB

قم فصل، فإن في الصلاة شفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat, kerana pada solat itu ada penyembuhnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: هجر النبي – صلى الله عليه وسلم – فهجرت، فصليت، ثم جلست، فالتفت إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: أشكمت (وفي المسند: أشكنب) درر؟ قلت: نعم يا رسول الله، قال: ((قم فصل، فإن في الصلاة شفاء)). [ ه، حم، ((الضعيفة)) (2452)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersegera, lalu aku pun bersegera. Lantas aku tunaikan solat kemudian aku duduk. Lalu Nabi SAW berpaling ke arahku dan berkata: Adakah kamu berasa sakit perut? Aku berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat, kerana pada solat itu ada penyembuhnya.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2452]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs