Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّ فِي الصَّلاَةِ شِفَاءً.
Teks Bahasa Melayu
Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat, kerana pada solat itu ada penyembuhnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis no. 1334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: هجر النبي - صلى الله عليه وسلم - فهجرت، فصليت، ثم جلست، فالتفت إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: أشكمت (وفي المسند: أشكنب) درر؟ قلت: نعم يا رسول الله، قال: ((قم فصل، فإن في الصلاة شفاء)). [ ه، حم، ((الضعيفة)) (2452)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersegera, lalu aku pun bersegera. Lantas aku tunaikan solat kemudian aku duduk. Lalu Nabi SAW berpaling ke arahku dan berkata: Adakah kamu berasa sakit perut? Aku berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat, kerana pada solat itu ada penyembuhnya. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2452]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman