Bangun dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya pada solat itu ada penyembuh (daripada penyakit)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قم فصل؛ فإن في الصلاة شفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangun dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya pada solat itu ada penyembuh (daripada penyakit).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis nombor 1524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «ثم فصل؛فإن في الصلاة شفاء».
[ه، حم، «الضعيفة» (4066)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bangun dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya pada solat itu ada penyembuh (daripada penyakit).
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4066]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.