Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نُقْصَانُ عَقْلِ السُّودَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Bangsa Sudan adalah orang yang kurang akal.
Sahabat Perawi
- Abu Nu'aim RA
- AlRabi' RA
- Muhammad bin Idris alSyafii RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 100, hadis no. 489. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو أمر شائع، قال الجد: ولم أقف على أصله في الأثر إلا فيما أخرجه أبو نعيم، عن الربيع قال: سمعت الشافعي يقول: ما نقص من أثمان السودان إلا لنقص عقولهم لولا ذلك لكان لونا من الألوان من الناس من يشتهيه ويفضله على غيره.
Ia ungkapan yang tersebar luas. Al-Jadd berkata: "Aku belum menemui asalnya dalam athar kecuali riwayat yang telah dikeluarkan oleh Abu Nu'aim daripada al-Rabi', katanya: Aku telah mendengar al-Shafi'ei berkata: "Tidaklah kurang harga (hamba) berbangsa Sudan melainkan kerana kurangnya akal-akal mereka. Kalaulah tidak kerana itu, pastilah warna kulit mereka merupakan warna yang disukai dan dilebihkan berbanding yang lain".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman