“Baliklah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala”

TEKS BAHASA ARAB

ارجعن مأزورات؛ غير مأجورات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Baliklah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala”. Ia diriwayatkan daripada hadith Ali bin Abi Talib RA, dan Anas bin Malik RA . 1- Adapun hadith Ali menyebutkan: Rasulullah SAW keluar, sementara ada kaum wanita yang sedang duduk. Baginda bersabda: Apa yang membuat kamu duduk? Mereka menjawab: Kami sedang menunggu jenazah. Baginda bertanya: Apakah kamu yang memandikannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan menurunkannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: … lalu baginda sebutkan hadith ini. 2- Adapun hadith Anas berkata: Kami keluar bersama Nabi SAW untuk meguruskan jenazah. Baginda juga melihat sekumpulan wanita, lalu Baginda berkata: Kamu mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Kamu yang mengebumikannya? Mereka menjawab: tidak. Baginda berkata: … lalu baginda sebutkan hadith ini.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730, hadis nombor 8704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) "(ارجعن مأزورات؛ غير مأجورات). روي من حديث علي بن أبي طالب، وأنس بن مالك.1 – أما حديث علي؛ فيرويه إسماعيل بن سلمان عن دينار أبي عمر عن محمد ابن الحنفية عن علي قال: "" خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإذا نسوة جلوس، فقال: ما يجلسكن؟ قلن: ننتظر الجنازة، قال: هل تغسلن؟ قلن: لا، قال: هل تحملن؟ قلن: لا، قال: هل تدلين فيمن يدلي؟ قلن: لا، قال:….. "" فذكره. وأما حديث أنس؛ "" خرجنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في جنازة، فرأى نسوة، فقال: أتحملنه؟ قلن: لا، قال: تدفنه؟ قلن: لا، قال:…. "" فذكره
" [هـ، ابن حبان في ((الثقات))، ابن بشران في ((الفوائد المنتخبة))، هق، ع، ((الضعيفة)) (2742)]

(Lemah)
“Baliklah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala”. Ia diriwayatkan daripada hadith Ali bin Abi Talib RA, dan Anas bin Malik RA . 1- Adapun hadith Ali menyebutkan: Rasulullah SAW keluar, sementara ada kaum wanita yang sedang duduk. Baginda bersabda: Apa yang membuat kamu duduk? Mereka menjawab: Kami sedang menunggu jenazah. Baginda bertanya: Apakah kamu yang memandikannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan menurunkannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: … lalu baginda sebutkan hadith ini. 2- Adapun hadith Anas berkata: Kami keluar bersama Nabi SAW untuk meguruskan jenazah. Baginda juga melihat sekumpulan wanita, lalu Baginda berkata: Kamu mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Kamu yang mengebumikannya? Mereka menjawab: tidak. Baginda berkata: … lalu baginda sebutkan hadith ini.”
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, Ibn Busyran dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2742].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs