Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ارْجِعْنَ مأزوراتٍ غيرَ مأجوراتٍ .
Teks Bahasa Melayu
“Baliklah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala”. Ia diriwayatkan daripada hadith Ali bin Abi Talib RA, dan Anas bin Malik RA . 1- Adapun hadith Ali menyebutkan: Rasulullah SAW keluar, sementara ada kaum wanita yang sedang duduk. Baginda bersabda: Apa yang membuat kamu duduk? Mereka menjawab: Kami sedang menunggu jenazah. Baginda bertanya: Apakah kamu yang memandikannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan menurunkannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: ... lalu baginda sebutkan hadith ini. 2- Adapun hadith Anas berkata: Kami keluar bersama Nabi SAW untuk meguruskan jenazah. Baginda juga melihat sekumpulan wanita, lalu Baginda berkata: Kamu mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Kamu yang mengebumikannya? Mereka menjawab: tidak. Baginda berkata: ... lalu baginda sebutkan hadith ini.”
Sahabat Perawi
- Ali RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730, hadis no. 8704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) "(ارجعن مأزورات؛ غير مأجورات). روي من حديث علي بن أبي طالب، وأنس بن مالك.1 - أما حديث علي؛ فيرويه إسماعيل بن سلمان عن دينار أبي عمر عن محمد ابن الحنفية عن علي قال: "" خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإذا نسوة جلوس، فقال: ما يجلسكن؟ قلن: ننتظر الجنازة، قال: هل تغسلن؟ قلن: لا، قال: هل تحملن؟ قلن: لا، قال: هل تدلين فيمن يدلي؟ قلن: لا، قال:..... "" فذكره. وأما حديث أنس؛ "" خرجنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في جنازة، فرأى نسوة، فقال: أتحملنه؟ قلن: لا، قال: تدفنه؟ قلن: لا، قال:.... "" فذكره " [هـ، ابن حبان في ((الثقات))، ابن بشران في ((الفوائد المنتخبة))، هق، ع، ((الضعيفة)) (2742)]
(Lemah) “Baliklah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala”. Ia diriwayatkan daripada hadith Ali bin Abi Talib RA, dan Anas bin Malik RA . 1- Adapun hadith Ali menyebutkan: Rasulullah SAW keluar, sementara ada kaum wanita yang sedang duduk. Baginda bersabda: Apa yang membuat kamu duduk? Mereka menjawab: Kami sedang menunggu jenazah. Baginda bertanya: Apakah kamu yang memandikannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya: Apakah kamu yang akan menurunkannya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: ... lalu baginda sebutkan hadith ini. 2- Adapun hadith Anas berkata: Kami keluar bersama Nabi SAW untuk meguruskan jenazah. Baginda juga melihat sekumpulan wanita, lalu Baginda berkata: Kamu mengusungnya? Mereka menjawab: Tidak. Baginda bertanya lagi: Kamu yang mengebumikannya? Mereka menjawab: tidak. Baginda berkata: ... lalu baginda sebutkan hadith ini.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, Ibn Busyran dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2742].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman