TEKS BAHASA ARAB
جزاء الغني من الفقير النّصيحة والدعاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin adalah nasihat dan doa.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1998, hadis nombor 10015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أم حكيم بنت وادع -رضي الله عنها -، قالت: قلت رسول اللہ ﷺ: ما جزاء الغني من الفقير؟ قال: جزاء الغني من الفقير النّصيحة والدعاء.
[ابن سعد، طب، ((الضعيفة)) (2154)]
(Lemah)
Daripada Ummu Hakim Binti Wadi’ RA beliau berkata: Aku telah berkata kepada Rasulullah SAW: Apakah balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin? Baginda menjawab: Balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin ialah nasihat dan doa.
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2154]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.