Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin

Teks Bahasa Arab

جزاءُ الغنيِّ من الفقيرِ النصيحةُ والدعاءُ.

Teks Bahasa Melayu

Balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin adalah nasihat dan doa.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Hakim Binti Wadi’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1998, hadis no. 10015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

ضعيف) عن أم حكيم بنت وادع -رضي الله عنها -، قالت: قلت رسول اللہ ﷺ: ما جزاء الغني من الفقير؟ قال: جزاء الغني من الفقير النّصيحة والدعاء. [ابن سعد، طب، ((الضعيفة)) (2154)]

(Lemah) Daripada Ummu Hakim Binti Wadi’ RA beliau berkata: Aku telah berkata kepada Rasulullah SAW: Apakah balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin? Baginda menjawab: Balasan untuk orang kaya daripada orang fakir miskin ialah nasihat dan doa. [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2154]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.