Balasan tidak menunaikan hak sesuatu perkara sebaiknya

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقه قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة – يعني: حجة الإسلام -، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم – قضيت أو لم تقض -؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hamba lelaki mahupun perempuan yang kedekut dalam menafkahkan nafkahnya pada perkara yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda-ganda lagi pada sesuatu yang dibenci oleh Allah, tiada hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu hajat dari hajat keduniaan, kecuali dia akan melihat kehancurannya sebelum Allah mengurniakan baginya haji itu – iaitu Hajjatul Islam (haji yang pertama), dan tiada seorang hamba yang meninggalkan (tanggungjawab) menunaikan hajat saudara muslimnya – samada ia dilaksanakan atau tidak- kecuali dia akan diuji dengan pertolongan (yakni dia membantu) orang yang berbuat salah ke atasnya, dan dia tidak diberikan ganjaran (atas pertolongan itu).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892, hadis nombor 4577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقه قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة – يعني: حجة الإسلام -، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم – قضيت أو لم تقض -؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه)). [الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5165)].

(Munkar)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada hamba lelaki mahupun perempuan yang kedekut dalam menafkahkan nafkahnya pada perkara yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda-ganda lagi pada sesuatu yang dibenci oleh Allah, tiada hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu hajat dari hajat keduniaan, kecuali dia akan melihat kehancurannya sebelum Allah mengurniakan baginya haji itu – iaitu Hajjatul Islam (haji yang pertama), dan tiada seorang hamba yang meninggalkan (tanggungjawab) menunaikan hajat saudara muslimnya – samada ia dilaksanakan atau tidak- kecuali dia akan diuji dengan pertolongan (yakni dia membantu) orang yang berbuat salah ke atasnya, dan dia tidak diberikan ganjaran (atas pertolongan itu).”
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5165].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs