Balasan orang yang memakan harta anak yatim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نظرت؛ فإذا أنا بقوم لهم ‌مشافر كمشافر الإبل، وقد وكل بهم من يأخذ بمشارفهم، ثم يجعل في أفواههم صخراً من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل! من هؤلاء؟ قال: هؤلاء {الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً؛ إنما يأكلون في بطونهم ناراً}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat ada satu kaum yang mempunyai bibir tebal seperti bibir unta, diwakilkan kepada mereka seseorang untuk menarik bibir mereka, kemudian dia meletakkan pada mulut-mulut mereka batu daripada api yang keluar daripada bawah mereka. Aku bertanya: "Wahai Jibril! Siapakah mereka?" Dia menjawab: "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim, mereka itu sebenarnya hanyalah menelan api ke dalam perut mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 628, hadis nombor 3266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: حدثنا النبي صلى الله عليه وسلم عن ليلة أسري به قال: ((نظرت؛ فإذا أنا بقوم لهم ‌مشافر كمشافر الإبل، وقد وكل بهم من يأخذ بمشارفهم، ثم يجعل في أفواههم صخراً من نار يخرج من أسافلهم. قلت: يا جبريل! من هؤلاء؟ قال: هؤلاء الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً؛ إنما يأكلون في بطونهم ناراً)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (5459)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata: Nabi SAW menceritakan tentang malam yang baginda dibawa berjalan malam padanya (malam Israk Mikraj). Baginda bersabda: “Aku melihat ada satu kaum yang mempunyai bibir tebal seperti bibir unta, diwakilkan kepada mereka seseorang untuk menarik bibir mereka, kemudian dia meletakkan pada mulut-mulut mereka batu daripada api yang keluar daripada bawah mereka. Aku bertanya: "Wahai Jibril! Siapakah mereka?" Dia menjawab: "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim, mereka itu sebenarnya hanyalah menelan api ke dalam perut mereka.”
[Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5459].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.