Balasan orang kaya daripada orang yang fakir ialah nasihat dan doa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جزاء الغني من الفقير النصيحة والدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Balasan orang kaya daripada orang yang fakir ialah nasihat dan doa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis nombor 134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم حكيم بنت وادع قالت: قلت للنبي صلى الله عليه وسلم: ما جزاء الغني من الفقير؟ قال: ((جزاء الغني من الفقير النصيحة والدعاء)).
[ابن سعد، طب، ((الضعيفة)) (2154)]

(Lemah) Daripada Ummu Ḥākim binti Wādi‘ RA beliau telah berkata: Aku telah bertanya kepada Nabi SAW: "Apakah ganjaran orang yang kaya daripada orang yang fakir?" Baginda SAW telah menjawab: "Balasan orang kaya daripada orang yang fakir ialah nasihat dan doa."
[Riwayat Ibn Sa‘d, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2154]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.