Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جزاءُ الغنيِّ من الفقيرِ النصيحةُ والدعاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Balasan orang kaya daripada orang yang fakir ialah nasihat dan doa.
Sahabat Perawi
- Ummu Ḥākim binti Wādi‘ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 36, hadis no. 134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم حكيم بنت وادع قالت: قلت للنبي صلى الله عليه وسلم: ما جزاء الغني من الفقير؟ قال: ((جزاء الغني من الفقير النصيحة والدعاء)). [ابن سعد، طب، ((الضعيفة)) (2154)]
(Daif) Daripada Ummu Ḥākim binti Wādi‘ RA beliau telah berkata: Aku telah bertanya kepada Nabi SAW: "Apakah ganjaran orang yang kaya daripada orang yang fakir?" Baginda SAW telah menjawab: "Balasan orang kaya daripada orang yang fakir ialah nasihat dan doa." [Riwayat Ibn Sa‘d, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2154]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman