Balasan memberi makan dan minum kepada orang lain

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم أخاه خبزا حتى يشبعه، وسقاه ماء حتى يرويه، بعده الله عن النار سبع خنادق، بعد ما بين خندقين مسيرة خمس مئة سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya roti sehingga dia kenyang, dan memberinya minum sehingga dahaganya hilang, Allah akan menjauhkannya dari neraka sebanyak 7 parit, jauh antara dua parit adalah sejauh perjalanan 500 tahun.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862 – 863, hadis nombor 4397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أطعم أخاه خبزا حتى يشبعه، وسقاه ماء حتى يرويه، بعده الله عن النار سبع خنادق، بعد ما بين خندقين مسيرة خمس مئة سنة)). [الدولابي، الفسوي، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ك، طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (70)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya roti sehingga dia kenyang, dan memberinya minum sehingga dahaganya hilang, Allah akan menjauhkannya dari neraka sebanyak 7 parit, jauh antara dua parit adalah sejauh perjalanan 500 tahun.”
[Riwayat al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma, al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tarikh, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 70].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs