Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَطْعَمَ أخاه خبزًا حتى يُشْبِعَه، وسقاه ماءً حتى يَرْوِيَه، بعَّده اللهُ عن النارِ سبعَ خنادقَ، بُعْدُ ما بين خَنْدَقَيْنِ مَسِيرةُ خَمسِ مائةِ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya roti sehingga dia kenyang, dan memberinya minum sehingga dahaganya hilang, Allah akan menjauhkannya dari neraka sebanyak 7 parit, jauh antara dua parit adalah sejauh perjalanan 500 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862 - 863, hadis no. 4397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أطعم أخاه خبزا حتى يشبعه، وسقاه ماء حتى يرويه، بعده الله عن النار سبع خنادق، بعد ما بين خندقين مسيرة خمس مئة سنة)). [الدولابي، الفسوي، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ك، طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (70)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang memberi makan kepada saudaranya roti sehingga dia kenyang, dan memberinya minum sehingga dahaganya hilang, Allah akan menjauhkannya dari neraka sebanyak 7 parit, jauh antara dua parit adalah sejauh perjalanan 500 tahun.” [Riwayat al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma, al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tarikh, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 70].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman