Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Balasan itu berdasarkan jenis amalan

Teks Bahasa Arab

الْجَزَاءُ مِنْ جِنْسِ الْعَمَلِ.

Teks Bahasa Melayu

Balasan itu berdasarkan jenis amalan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 31, hadis no. 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يرد هكذا ولكن معناه صحيح ففي التنزيل {هل جزاء الإحسان إلا الإحسان}.

Tidak warid hadith sedemikian. Namun, maksudnya benar. Dalam al-Quran: "Tidak ada balasan kebaikan itu melainkan kebaikan juga".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.