Bala boleh terjadi

TEKS BAHASA ARAB

البلاء موكل بالمنطق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bala boleh terjadi kerana percakapan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 26, hadis nombor 122. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Kalam ini diriwayatkan daripada berbagai sanad yang gugur kelayakan berhujah daripada riwayat para perawi pendusta dan para perawi matruk. Ia juga diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, sebahagian perawinya menambah di dalamnya: "Tidak seseorang hamba mengatakan kepada sesuatu: "Tidak! Demi Allah aku tidak akan melakukannya selama-lamanya", melainkan syaitan meninggalkan kesemua pekerjaan dan menumpukan pada perkara tersebut hingga hamba tadi berdosa melakukannya".

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs