Daif

30/06/2024

minit bacaan



Baitullah ini adalah salah satu tiang dari tiang-tiang islam

Teks Bahasa Arab

إن هذا البيتَ دعامةٌ من دعائمِ الإسلامِ فمن حجَّ البيتَ أو اعتمر فهو ضامنٌ على اللهِ فإن مات أدخلَه الجنَّةَ وإن رده إلى أهلهِ رده بأجرٍ وغنيمةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Baitullah ini adalah salah satu tiang dari tiang-tiang Islam. Sesiapa yang melakukan haji atau umrah, maka dia telah mendapat jaminan dari Allah. Jika dia meninggal, dia akan masuk ke dalam syurga, manakala jika dia dikembalikan kepada keluarganya, dia akan meraih ganjaran dan harta.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((هذا ‌البيت ‌دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت أو اعتمر، فهو ضامن على الله، فإن مات؛ أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله، رده بأجر وغنيمة)). [طس، ((الضعيفة)) (6041)]

(Daif) Daripada Jabir RA berkata: Bahawa Nabi SAW bersabda: Baitullah ini adalah salah satu tiang dari tiang-tiang Islam. Sesiapa yang melakukan haji atau umrah, maka dia telah mendapat jaminan dari Allah. Jika dia meninggal, dia akan masuk ke dalam syurga, manakala jika dia dikembalikan kepada keluarganya, dia akan meraih ganjaran dan harta. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6041]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.