Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Baitul Maqdis adalah besen dari emas

Teks Bahasa Arab

بيت المقدس طست من ذهب، مملوء عقارب.

Teks Bahasa Melayu

Baitul Maqdis adalah besen daripada emas, namun penuh dengan kala jengking.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 27, hadis no. 86. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عن صفوان بن عمير، قال: مكتوب في التوراة: بيت المقدس، كأس من ذهب، مملوء عقارب.

Daripada Safwan bin 'Umair, dia berkata: "Tertulis dalam Taurat: "Baitul Maqdis adalah piala yang diperbuat daripada emas, namun dipenuhi kala jengking".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.