Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حَسُنَ ظَنُّهُ فِي حَجَرٍ نَفَعَهُ اللَّهُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang baik sangkaannya pada sebiji batu, pasti batu itu dapat memberikan manfaat kepadanya kerana sangkaannya itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 90, hadis no. 422. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
كذب لا أصل له.
Dusta lagi tidak ada asalnya.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman