Bahkan, sekarang kamu adalah ‘Utbah bin ‘Abd

TEKS BAHASA ARAB

بل أنت عتبة بن عبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahkan, sekarang kamu adalah ‘Utbah bin ‘Abd.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis nombor 1187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عتبة بن عبد – رضي الله عنه -، قال: أنه أتى في أناس يريدون أن يغيروا أسماءهم، قال: فلما رآني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – دعاني وأنا غلام حدث، فقال: ((ما اسمك؟)) فقلت: عتلة بن عبد. فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((بل أنت عُتْبَةُ بنُ عَبدٍ، أرني سيفك)). فسله، فسله، فلما نظر إليه؛ فإذا وسيف فيه دقة وضعف فقال: ((لا تضرب بهذا؛ ولكن اطعن به طعنا)). [طب، الفسوي، ((الضعيفة)) (5511)]

(Lemah)
Daripada ‘Utbah bin ’Abd RA, beliau berkata: Beliau mendatangi orang ramai yang ingin mengubah nama-nama mereka. Beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW melihatku, Baginda mengambilku dan aku pada ketika itu merupakan seorang budak yang masih muda. Baginda bertanya: ‘Siapakah nama kamu?.’ Lalu aku menjawab: Utlah bin ‘Abd. Lalu Nabi SAW bersabda: ‘Bahkan, sekarang kamu adalah ‘Utbah bin ‘Abd.Tunjukkan kepadaku pedangmu.’ Lalu ‘Utbah pun mengeluarkannya. Sebaik sahaja Baginda melihat pedang itu, Baginda mendapati ia merupakan pedang yang sudah rosak serta tidak kuat. Lalu Baginda bersabda: ‘Janganlah kamu memukul sesuatu menggunakan pedang ini, akan tetapi tikamlah ia dengan kuat.’
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Faswi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5511]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs