Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بل أنت عُتْبَةُ بنُ عَبدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bahkan, sekarang kamu adalah ‘Utbah bin ‘Abd.
Sahabat Perawi
- ‘Utbah bin ‘Abd
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis no. 1187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Utbah bin ’Abd RA, beliau berkata: Beliau mendatangi orang ramai yang ingin mengubah nama-nama mereka. Beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW melihatku, Baginda mengambilku dan aku pada ketika itu merupakan seorang budak yang masih muda. Baginda bertanya: 'Siapakah nama kamu?.' Lalu aku menjawab: Utlah bin ‘Abd. Lalu Nabi SAW bersabda: 'Bahkan, sekarang kamu adalah ‘Utbah bin ‘Abd.Tunjukkan kepadaku pedangmu.' Lalu ‘Utbah pun mengeluarkannya. Sebaik sahaja Baginda melihat pedang itu, Baginda mendapati ia merupakan pedang yang sudah rosak serta tidak kuat. Lalu Baginda bersabda: 'Janganlah kamu memukul sesuatu menggunakan pedang ini, akan tetapi tikamlah ia dengan kuat.' [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Faswi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5511]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman