Lemah walaupun terkenal dalam kitab al-Maghazi
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَشَرْتَ بالرأيِ قاله لِلْحُبَابِ بنِ المُنْذِرِ في قصةِ بدرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bahkan ianya satu strategi perang dan juga muslihat. Dia pun berkata: Kalau begitu, ini bukanlah satu tempat yang baik. Maka bangunlah sehingga kita sampai ke perigi air yang paling dekat dengan musuh. Kita berhenti di situ. Kemudian kita kambus semua perigi selainnya. Lantas kita bina satu kolam di atasnya. Nanti kita memerangi kaum itu sambil kita boleh minum manakala mereka tidak minum. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Kamu telah memberi pandangan yang tepat.
Sahabat Perawi
- Abu Talhah Musa bin Abdullah al-Khuzaie
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah walaupun terkenal dalam kitab al-Maghazi
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis no. 5095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah walaupun terkenal dalam kitab al-Maghazi) Daripada Abu Talhah Musa bin Abdullah al-Khuzaie dalam kitab al-Maghazi, bahawasanya Nabi SAW apabila singgah sebelum Badr; dan sampai kepadanya khabar berita mengenai Quraisy, baginda meminta pandangan daripada orang lain. Para sahabatnya pun menasihatkan baginda. Kemudian al-Hubab bin al-Munzir berkata: Wahai Nabi Allah! Adakah tempat ini diturunkan oleh Allah, jadi kita tidak boleh mara ke hadapan mahupun ke belakang, atau ini satu strategi perang dan muslihat? Baginda pun menjawab: Bahkan ianya satu strategi perang dan juga muslihat. Dia pun berkata: Kalau begitu, ini bukanlah satu tempat yang baik. Maka bangunlah sehingga kita sampai ke perigi air yang paling dekat dengan musuh. Kita berhenti di situ. Kemudian kita kambus semua perigi selainnya. Lantas kita bina satu kolam di atasnya. Nanti kita memerangi kaum itu sambil kita boleh minum manakala mereka tidak minum. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Kamu telah memberi pandangan yang tepat. Lalu mereka bangun dan menuju ke tempat air yang paling dekat dengan kaum. Baginda menyuruh mengambus perigi air lain, dan membina kolam atas perigi (yang satu itu.) [Disebutkan oleh al-Askari dalam Tashifat al-Muhaddithin. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 254]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman