Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Bahkan aku memilih menjadi nabi dan juga hamba

Teks Bahasa Arab

بل نبيًّا عبدًا. ثلاثًا.

Teks Bahasa Melayu

Bahkan aku memilih menjadi nabi dan juga hamba.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1811, hadis no. 9130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: خرج رسول الله ﷺ ذات يوم، وجبريل معه على الصفا، فقال له محمد ﷺ: والذي بعثك بالحق، ما أمسى لآل محمّد كف سويق، ولا شق دقيق، فلم يكن كلامه بأسرع من أن سمع هدة من السماء أفظعته، فقال رسول الله ﷺ: أمر الله -عز وجل- القيامة أن تقوم ؟ فقال: لا، ولكن هذا إسرافيل -عليه السلام- نزل إليك حين سمع الله كلامك، فأتاه إسرافيل، فقال: إنّ الله سمع ما ذكرت، فبعثني إليك بمفاتيح الأرض، وأمرني أن أعرض عليك، إن أحببت أن أُسَيّرَ معك جبال تهامة رمدا و ياقوتا وذهبا وفضة، فعلت، وإن شئت نبيا ملكا، وان شئت نبيا عبدا، فأومى إليه جبريل -عليه السلام- أن تواضع لله، فقال: بل نبيا عبدا. ثلاثا. [البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2044)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata, Rasulullah SAW keluar pada suatu hari, bersama-sama dengan baginda adalah Jibril AS di Bukit Sofa, lalu baginda bersabda: Demi zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran, apa yang berlaku pada kerabat-kerabat Muhammad yang dicukupkan tepung gandum, sehingga sekecil-kecil pecahan tepung. Tidaklah suara baginda lebih cepat dari bunyi dentuman benda jatuh dari langit yang menakutkannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya (mengenai bunyi yang menakutkan itu): Adakah Allah SWT memerintahkan untuk berlakunya hari kiamat? Lalu Jibril menjawab: Tidak, akan tetapi ini ialah Israfil AS turun kepadamu ketika mana Allah SWT mendengar aduanmu. Kemudian Israfil menghadap baginda lalu berkata: Sesungguhnya Allah SWT mendengar apa yang engkau ucapkan, lalu Dia mengutuskan aku dengan kunci-kunci dunia, dan memerintahkan untuk mempersembahkan kunci-kunci tadi kepadamu, jika engkau suka untuk aku tukarkan bukit Tihamah (Mekah) dengan permata, mutiara, emas dan juga perak, aku akan lakukannya. Dan jika engkau mahu menjadi nabi juga raja, dan jika kamu menjadi nabi juga hamba, kemudian Jibril AS mengisyaratkan kepada baginda untuk tawaduk kepada Allah SWT, baginda SAW bersabda: Bahkan aku memilih menjadi nabi dan juga hamba. [Al-Baihaqi dalam ((al-Zuhud)), ((Silsilah al-Dhaifah)) (2044)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.