Bahawasanya setelah wahyu turun kepada Rasulullah SAW di gua Hira’

TEKS BAHASA ARAB

لما نزل عليه الوحي بحراء مكث أياما لا يرى جبريل فحزن حزنا شديدا حتى كان يغدو إلى ثبير مرة وإلى حراء مرة يريد أن يلقي بنفسه منه فبينا هو كذلك عامدا لبعض تلك الجبال إذ سمع صوتا من السماء فوقف صعقا للصوت ثم رفع رأسه فإذا جبريل على كرسي بين السماء والأرض متربعا عليه يقول: يا محمد أنت رسول الله حقا وأنا جبريل. قال: فانصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد أقر الله عينه وربط جأشه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setelah wahyu turun kepada Rasulullah SAW di gua Hira’, baginda tidak lagi melihat Jibril selama beberapa hari. Baginda menjadi sangat sedih sehingga Baginda berulang alik ke bukit Thabir dan gua Hira’. Baginda mahu terjun dari gunung tersebut. Ketika baginda hampir menjatuhkan diri dari lereng gunung, baginda terdengar satu suara dari langit. Baginda terhenti kerana kuatnya suara tersebut. Baginda mendongakkan kepalanya, lalu terlihat Jibril sedang bersila di atas kursi antara langit dan bumi. Jibril berkata, Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah yang sebenar, dan aku adalah Jibril. Lalu Rasulullah SAW pulang, dalam keadaan Allah telah menyejukkan matanya dan meredakan kegundahan hati baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040-1041, hadis nombor 5323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس لما نزل عليه الوحي بحراء مكث أياما لا يرى جبريل فحزن حزنا شديدا حتى كان يغدو إلى ثبير مرة وإلى حراء مرة يريد أن يلقي بنفسه منه فبينا هو كذلك عامدا لبعض تلك الجبال إذ سمع صوتا من السماء فوقف صعقا للصوت ثم رفع رأسه فإذا جبريل على كرسي بين السماء والأرض متربعا عليه يقول: يا محمد أنت رسول الله حقا وأنا جبريل. قال: فانصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد أقر الله عينه وربط جأشه. [ابن سعد، الضعيفة (1052)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA: Setelah wahyu turun kepada Rasulullah SAW di gua Hira’, baginda tidak lagi melihat Jibril selama beberapa hari. Baginda menjadi sangat sedih sehingga Baginda berulang alik ke bukit Thabir dan gua Hira’. Baginda mahu terjun dari gunung tersebut. Ketika baginda hampir menjatuhkan diri dari lereng gunung, baginda terdengar satu suara dari langit. Baginda terhenti kerana kuatnya suara tersebut. Baginda mendongakkan kepalanya, lalu terlihat Jibril sedang bersila di atas kursi antara langit dan bumi. Jibril berkata, Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah yang sebenar, dan aku adalah Jibril. Lalu Rasulullah SAW pulang, dalam keadaan Allah telah menyejukkan matanya dan meredakan kegundahan hati baginda. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs