Bahawasanya sesiapa yang memakai celak menggunakan ithmid (sejenis celak)

TEKS BAHASA ARAB

من اكتحل بالإثمد يوم عاشوراء لم يرمد أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawasanya sesiapa yang memakai celak menggunakan ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura maka dia tidak akan rabun selama-lamanya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 97-98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فَأَخْرَجَ الْحَاكِمُ فِي مُسْتَدْرَكِهِ وَمَنْ طَرِيقِهِ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ إِلَى جُوَيْبِرٍ عَنِ الضَّحَّاكِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا مَنْ اكْتَحَلَ بِالإِثْمِدِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ أَبَدًا قَالَ الْحَاكِمُ أَنَا أَبْرَأُ إِلَى اللَّهِ مِنْ عُهْدَةِ جُوَيْبِرٍ انْتَهَى. وَفِي مِيزَانِ الاعْتِدَالِ. جُوَيْبِرُ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو الْقَاسِمِ الأَزْدِيُّ الْمُفَسِّرُ الْبَلْخِيُّ صَاحِبُ الضَّحَّاكِ قَالَ ابْنُ مَعِينٍ لَيْسَ بِشَيْءٍ وَقَالَ الجوزقاني لَا يشْتَغل بِهِ وَقَالَ النَّسَائِيّ وَالدَّارقطني وَغَيْرُهُمَا مَتْرُوكُ الْحَدِيثِ قُلْتُ لَهُ عَنْ أَنَسٍ شَيْءٌ رَوَى عَنْهُ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ وَابْنُ الْمُبَارَكِ وَيَزِيدُ بْنُ هَارُونَ وَطَائِفَةٌ أَبُو مَالِكٍ عَنْ جُوَيْبِرٍ عَنِ الضَّحَّاكِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا قَالَ تَجِبُ الصَّلاةُ عَلَى الْغُلامِ إِذَا عَقَلَ وَالصَّوْمُ إِذَا أَطَاقَهُ وَيَرْوِي عَنْ جُوَيْبِرٍ عَنِ الضَّحَّاكِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثَ مَنْ اكْتَحَلَ بِالإِثْمِدِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ أَبَد قَالَ أَبُو قُدَامَةَ السَّرَخْسِيُّ قَالَ يَحْيَى الْقَطَّانُ تَسَاهَلُوا فِي أَخْذِ التَّفْسِيرِ عَنِ الْقَوْمِ لَا تُوثِّقُوهُمْ فِي الْحَدِيثِ ثُمَّ ذَكَرَ لَيْثَ بْنَ أَبِي سُلَيْمٍ وَجُوَيْبِر وَالضَّحَّاكَ وَمُحَمَّدَ بْنَ السَّائِبِ وَقَالَ هَؤُلاءِ لَا يُحْمَدُ حَدِيثَهُمْ وَيُكْتَبُ التَّفْسِيرُ عَنْهُمُ انْتَهَى.

Al-Hakim telah mengeluarkan di dalam kitabnya al-Mustadrak, dan Ibn al-Jauzi (meriwayatkan) daripada jalurnya dengan sanadnya kepada Juwaybir daripada al-Dahhak, daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bahawasanya sesiapa yang memakai celak menggunakan ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura maka dia tidak akan rabun selama-lamanya. Al-Hakim berkata: Aku berlepas diri kepada Allah dari dakwaan Juwaibir. Selesai. Di dalam Mizan al-I’tidal pula, Juwaibir Bin Sa’id Abu al-Qasim al-Azadiy al-Mufassir al-Balkhi, teman kepada al-Dahhak berkata Ibn Ma’in tidak ada apa padanya (lemah). Al-Jauzaqani pula telah berkata dia (hadisnya) tidak dapat digunakan. Al-Nasaie, al-Daraqutni dan selain daripada mereka telah berkata bahawa perawi ini ditinggalkan riwayatnya. Aku berkata: Padanya ada sesuatu (hadis) daripada Anas yang diriwayatkan daripadanya Hammad Bin Zaid dan Ibn al-Mubarak dan Yazid bin Harun dan sekumpulan Abu Malik daripada Juwaibir daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) telah berkata bahawasanya solat itu wajib ke atas pemuda yang berakal dan begitu juga puasa jika dia mampu untuk melakukannya. Dan yang diriwayatkan oleh Juwaibir daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas hadis sesiapa yang bercelak dengan ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura, dia tidak akan menjadi rabun selama-lamanya. Abu Qudamah al-Sarakhsi berkata bahawa Yahya al-Qattan berkata: Bermudah-mudahlah dalam mengambil tafsir daripada kaum yang kamu tidak merasa yakin terhadap mereka dalam hadis. Kemudian Yahya menyebut nama Laith Bin Abi Sulaim dan Juwaibir dan al-Dahhak dan Muhammad bin al-Sa’ib berkata bahawasanya mereka semua tidak dipuji ucapan mereka dan tetapi ditulis riwayat tafsir daripada mereka. Selesai.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.