Bahawa ‘Utsman bin ‘Affan mendirikan solat sebanyak empat rakaat di Mina

TEKS BAHASA ARAB

من تأهل في بلد؛ فليصل صلاة المقيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi ahli pada sesebuah negeri, hendaklah dia mendirikan solat orang yang bermukim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن أبي ذباب أن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – صلى بمنى أربع ركعات، فأنكره الناس عليه، فقال: يا أيها الناس! إني تأهلت بمكة منذ قدمت، وإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من تأهل في بلد؛ فليصل صلاة المقيم)).
[حم، الحميدي، الضياء، ((الضعيفة)) (4570)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Zubab: Bahawa ‘Utsman bin ‘Affan mendirikan solat sebanyak empat rakaat di Mina. Lalu orang ramai membantahnya atas perbuatannya itu. Lalu beliau berkata: Wahai orang ramai, sesungguhnya aku telah menjadi ahli (penduduk) Makkah sejak aku tiba (disini). Dan sesungguhnya aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang menjadi ahli pada sesebuah negeri, hendaklah dia mendirikan solat orang yang bermukim.
[Riwayat Musnad Ahmad, al-Humaydi, al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs