Lemah
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الجنةَ تشتاقُ إلى أربعةٍ : عَلِيٍّ وسَلْمانَ وعَمَّارٍ والمِقْدادِ.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa syurga itu merindukan empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 656, hadis no. 3385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الجنة تشتاق إلى أربعة: علي وسلمان وعمار والمقداد)). [طب، حل، ابو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2328)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bahawa syurga itu merindukan empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-AWliya’, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2328]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman